Seorang lelaki dicekup anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas menyalahgunakan duit i-Sinar untuk ‘kenduri’ pil kuda di Kampung Lakota, Jeli pada sabtu lalu
Memetik laporan Sinar Harian, apa yang lebih mengejutkan lelaki berusia 41 tahun itu ditahan AADK Jeli dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas menelan lapan biji pil kuda sekaligus.
Ketua Pegawai AADK Jeli, Mohd Aris Fadzillah berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada keluarga suspek malah menurutnya selepas suspek sedar dan diberitahu berada dalam tahanan AADK suspek terus terkejut.
Beliau berkata kebiasaannya seseorang penagih hanya menggunakan sebiji sahaja pil kuda untuk setiap kali pengambilan.
Tindakkan lelaki itu diluar jangka dengan mengambilnya sebanyak lapan biji sekaligus.
“Disebabkan pengambilan yang luar biasa itu, dia tidak sedarkan diri malah meracau,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
