Connect with us

Terkini

‘Berat & Berbau Busuk’ – Jiran Bantu Angkat Tong Biru Bongkar Rahsia Suspek

Seorang wanita yang didakwa hilang, akhirnya ditemui di dalam sebuah tong air berwarna biru yang di tanam sendiri oleh suaminya di ladang serai dan suspek mengaku membunuh isterinya sendiri menggunakan senapang angin sewaktu mangsa tidur.

Rahsia kes pembunuhan kejam ke atas wanita yang mati ditembak suaminya di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi terbongkar selepas jiran suspek bertindak menyalurkan maklumat kepada pasukan penyiasat.

Berdasarkan siasatan awal, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor iaitu Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad berkata, polis menerima maklumat daripada jiran mangsa yang turut dipercayai terlibat pada malam kejadian dengan membantu mengangkat tong tersebut ke dalam kenderaan suspek.



Menurut laporan Harian Metro, seorang individu berusia 32 tahun dipercayai jiran suspek telah tampil untuk memberi maklumat berhubung tragedi tersebut. Semasa mengangkat tong air tersebut dia memberitahu jisimnya agak berat dan berbau busuk.

Advertisement

“Jiran itu ditahan bagi membantu siasatan selepas dia menyalurkan maklumat mengesyaki wanita yang dikatakan hilang itu berada dalam tong air ketika membantu suspek mengangkat tong terbabit ke kenderaan pacuan empat roda pada jam 4.30 pagi Isnin lalu.”

“Jiran itu memberitahu tong berkenaan agak berat selain mengeluarkan bau busuk. Maklumat itu membawa kepada pengakuan suspek yang akhirnya menunjukkan lokasi tong itu ditanam. Bagaimanapun, polis juga sedang menyiasat sejauh mana pembabitan jiran berkenaan.”

Sementara itu, Ketua Polis Johor percaya kes pembunuhan berkenaan bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman tersebut. Malah, pihak polis juga sedang menyiasat dua senjata yang ditemui iaitu senapang angin dan senapang patah dipercayai milik suspek.

“Suspek tidak mempunyai permit bagi kedua-dua senjata berkenaan. Kita sedang siasat dari mana senjata itu diperoleh sama ada buatan sendiri atau pun mana-mana sumber dan siasatan mengikut Seksyen 36 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.”

“Polis sedang menunggu laporan berkaitan termasuk hasil akhir bedah siasat mangsa serta laporan lain sebelum mengemukakan kertas siasatan kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

Advertisement

Sumber: Harian Metro

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel