Connect with us

Terkini

Kementerian Alam Sekitar & Air ‘Cari’ Remaja Campak Buku Dalam Sungai

Belum reda kecaman netizen terhadap tindakan pelajar sekolah menconteng baju dengan perkataan biadab, kini tular pula tindakan seorang pelajar mencampakkan buku sekolah ke dalam sungai.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang mengesan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang viral gara-gara membuang buku sekolah ke dalam sungai.

Pelajar tersebut dipercayai melakukan aksi sedemikian sebaik sahaja selesai menjawab kesemua kertas peperiksaan yang diduduki olehnya.



Baru-baru ini tular video mengenai seorang pelajar yang membuang buku ke dalam sungai setelah habis peperiksaan SPM. Sekiranya ada pihak yg mengenali adik ini, pihak KASA ingin menjemput adik ini untuk menjadi ahli Sahabat Sungai Malaysia (Friends of River Malaysia) bagi bersama-sama kita gerakkan program membersihkan sungai di seluruh negara bersempena Hari Air Sedunia pada 22 Mac 2021 nanti. Insyaallah, melalui didikan dan sokongan masyarakat, bukan sahaja adik ini, malah ramai lagi pihak akan lebih peka tentang kebersihan sungai.

Advertisement

Menurut Kementerian Alam Sekitar dan Air, mereka ingin menjemput remaja berkenaan untuk menjadi ahli Sahabat Sungai Malaysia bagi bersama-sama mengerakkan program membersihkan sungai di seluruh negara pada 22 Mac nanti.

Untung la ada kerjasama dengan KASA. Belajar rajin-rajin mana tahu besar nanti jadi Menteri Alam Sekitar. Semoga adik ni sukses dalam hidup. Semua orang ada buat silap. Cakap yang baik-baik dapat pun yang baik-baik juga.

Rata-rata netizen bersetuju dengan langkah yang dilakukan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air terhadap remaja tersebut. Menurut netizen, langkah berkenaan secara tidak langsung memberi pengajaran buat masyarakat di negara ini untuk menyayangi alam sekitar.

Terdahulu tular Facebook, tindakan seorang pelajar yang membuang buku sekolah di sungai bagi ‘meraikan’ sempena selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Video tersebut dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok sebelum tersebar di laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Advertisement

Video: Pelajar SPM Campak Buku Dalam Sungai

Sumber: Kementerian Alam Sekitar dan Air

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel