Connect with us

Terkini

Syed Saddiq Sambung Belajar Ke S’pura, ‘Derma’ Gaji Bulan Mac Kepada Rakyat Muar

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar memaklumkan akan menyerahkan gajinya sebagai wakil rakyat pada bulan ini untuk kegunaan rakyat di daerah Muar.

Menurut gambar yang telah dimuat naik di laman Instagram beliau, Syed Saddiq menyatakan bahawa beliau akan ke Singapura untuk menghabiskan pengajian beliau di NUS Lee Kuan Yew School of Public Policy (Biasiswa Penuh).



Jadi tidak adil bagi beliau untuk menerima gaji pada bulan ini.

“Saya tidak layak menerima gaji saya semasa saya sedang menyambung pelajaran saya. Saya juga dengan rendah diri akan mengembalikan gaji saya pada bulan Mac 2021 untuk kegunaan Parlimen Muar sepanjang saya di Singapura.”

Advertisement

Walaupun beliau berada di Singapura, usaha beliau untuk membantu penduduk Muar akan diteruskan oleh pasukannya.

“Sejak pengisytiharan darurat, team Muar telah berjaya bantu lebih 765 buah keluarga terima laptop dan tablet, 5500 buah keluarga terima bantuan Food Bank dan 150 pelajar mendapat bantuan Dermasiswa Harapan Muar.”

Beliau turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia dan Muar serta berharap orang ramai dapat mendoakan perjalan beliau selamat pergi dan pulang.

Sumber: Instagram Syed Saddiq

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel