Belajar Guna Youtube, OKU Kini Buka Kedai Gunting Rambut

Hanya mempelajari teknik menggunting rambut melalui media sosial YouTube, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pendengaran dan bisu tidak pernah berputus asa mencari rezeki sebagai tukang gunting rambut di rumahnya di Kampung Teluk Bakong, Lambor Kanan, di sini.

Malah, perniagaan Farid Aidil Mat Din, 28, yang dijalankan sejak empat tahun lalu itu, hanya mengenakan kadar bayaran serendah RM7 hingga mendapatkan enam pelanggan sehari yang terdiri daripada penduduk kampung dan juga anggota polis balai berhampiran.

Tidak pernah menganggap kekurangannya sebagai penghalang untuk meraih pendapatan sendiri, Farid Aidil sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga serta rakannya untuk berjaya dalam perniagaannya itu.


Kesemua teknik menggunting termasuk merapi dan memotong rambut itu dipelajarinya melalui YouTube dan mempraktikkannya sehingga dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih kemas.

Advertisement

“Saya memang tidak pernah menghadiri apa-apa kursus menggunting rambut. Jadi saya cuba menggunakan YouTube sebagai rujukan dan Alhamdulillah, banyak pelanggan saya memberi respons positif.

“Pada mulanya, saya hanya cuba menggunting rambut kawan-kawan saya sehinggalah ke hari ini dan saya juga ada pelanggan tetap,” katanya ketika ditemui pada lawatan Persatuan Sahabat OKU Negeri Perak, di rumahnya, baru-baru ini.

Sesi temu bual itu dibantu kakak, Noor Fashikin, 32, dan ibu bapanya, Mat Din Mat Piah, 68, dan Maimon Mohd Drus, 47.

Farid Aidil yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata beliau sangat meminati bidang berkenaan dan berharap dapat memiliki peralatan dan perkakas yang lebih bagus bagi memberi keselesaan kepada pelanggannya.

“Kalau diikutkan, saya hanya pinjam peralatan daripada kawan dan ada juga yang saya beli sendiri tetapi cepat rosak, malah ada pelanggan merungut mesin yang saya guna bunyi kuat sangat dan panas.

Advertisement

“Setakat ini saya memang sedang mengumpulkan duit untuk menggantikan semua peralatan yang semakin uzur lebih-lebih lagi mesin penggunting yang sangat penting,” tambahnya yang berharap dapat diberi peluang untuk mengembangkan perniagaannya itu suatu hari nanti.

Sementara itu, setiausaha persatuan berkenaan, Mahzan Mohsin berkata, pihaknya akan membantu mendaftarkan Farid Aidil untuk mengikuti kursus Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) OKU anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) bagi meningkatkan kemahirannya.

“Beliau adalah salah seorang OKU yang memang menjadi contoh dan motivasi kepada OKU lain dengan usaha dan semangat yang dia tunjukkan,” tambahnya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago