Monday, December 08, 2025

Empat Lelaki Rebah Setelah Pokok Tempat Berteduh Disambar Kilat, Seorang Maut Dan Tiga Cedera

March 15, 2021
1 min read

Seorang lelaki dilaporkan maut manakala 3 lagi cedera selepas kilat menyambar sebatang pokok di Gurugram tempat mereka berteduh dari hujan pada Jumaat, 12 Mac, lapor portal The Quint.

Kejadian itu berlaku pada waktu petang ketika lelaki-lelaki itu memutuskan untuk berlindung di bawah sepohon pokok di kompleks pangsapuri Signature Villas di Sektor 82 Gurugram semasa hujan lebat, lapor NDTV.



Kamera CCTV berjaya merakamkan kejadian di mana lelaki-lelaki tersebut berdiri di bawah pokok ketika hujan mulai turun.

Ketika kilat menyambar pokok, tiga daripadanya dilihat tumbang serta-merta manakala seorang lagi rebah tidak lama kemudian.


Sumber: The Quint

HANGAT MINGGU INI

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

JAKARTA – Indonesia kini berdepan potensi penemuan bersejarah berskala besar selepas Kementerian

Kisah Pengembara Malaysia Bantu Pemilik Kedai Halal di Jinan Raih Perhatian Ramai

XINJIANG – Ada kalanya, dalam perjalanan kita di negara asing, Tuhan menghadirkan