Monday, December 08, 2025

Empat Lelaki Dilapor Dihukum Mati, Didakwa Rogol Wanita Dihadapan Suaminya Yang Diikat Tangan Dan Kaki

March 17, 2021
1 min read

Empat lelaki yang didakwa merogol seorang pendaki gunung wanita dihadapan suaminya yang sedang diikat dan dipaksa melihat perbuatan terkutuk tersebut telah dihukum mati, lapor Mirror.

Serangan tersebut dikatakan terjadi ketika pendaki itu mendaki gunung di wilayah Khorasan Razavi, di timur laut Iran.

Menurut laporan Mirror, Iran International TV melaporkan bahawa lelaki-lelaki tersebut dipercayai mengikat tangan dan kaki suami mangsa sebelum melakukan perbuatan keji itu di hadapan suami mangsa.



Menurut Organisasi Keadilan di kawasan tersebut, empat lelaki itu kemudiannya telah berjaya ditangkap oleh polis selepas siasatan yang terperinci dilakukan.

Kumpulan lelaki itu telah dikenalpasti oleh pasukan polis bandar Fariman dan didakwa melakukan penculikan serta pemerkosaan terhadap seorang wanita dan mengancam seorang lelaki, lapor Mirror.

Mahkamah Jenayah Khorasan Razavi dilaporkan menyerahkan kes tersebut ke Mahkamah Agung.

Mahkamah Agung seterusnya dilaporkan menetapkan hukuman gantung sampai mati ke atas empat lelaki berkenaan.

Hukuman gantung tersebut telah dijalankan di Mashhad Central Prison pada pagi Isnin lalu, lapor Mirror.

Sumber: Mirror

HANGAT MINGGU INI

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

JAKARTA – Indonesia kini berdepan potensi penemuan bersejarah berskala besar selepas Kementerian

Kisah Pengembara Malaysia Bantu Pemilik Kedai Halal di Jinan Raih Perhatian Ramai

XINJIANG – Ada kalanya, dalam perjalanan kita di negara asing, Tuhan menghadirkan