Connect with us

Terkini

‘Malaysia Akan Terima Akibat’ – Konsulat Korea Utara

Published

on

Pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara selesai mengosongkan bangunan kedutaan itu di sini sekitar jam 10.55 pagi Ahad.

Kesemua pekerja kedutaan dan juga ahli keluarga mereka keluar dari pekarangan bangunan dengan menaiki sebuah bas, manakala Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song dilihat menaiki sebuah kenderaan berwarna putih.



Dalam kenyataannya kepada media sebelum bergerak ke KLIA, Yu Song berkata, Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya.

“Kejadian ini adalah hasil nyata dari konspirasi anti Korea Utara yang dibuat daripada dasar keji oleh Amerika Syarikat,” katanya.

Katanya, insiden tersebut telah menjejaskan kedaulatan negaranya.

Media masih lagi cuba mendapatkan waktu penerbangan dan jumlah sebenar pegawai, kakitangan dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara yang pulang ke negara mereka.

Sumber: Sinar Harian

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending