Connect with us

Global

‘Sangka Besarkan Anak Kandung, Rupanya Adik Sendiri’ – Kisah Budak Ditinggalkan Mati Kebuluran, DNA Bongkar Rahsia Nenek Seok

Published

on

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun telah ditemui mati oleh polis disebabkan kebuluran selepas ditinggalkan sendirian oleh ‘ibunya’ di sebuah apartment di bandar Gumi di utara daerah Gyeongsang, Korea Selatan.

Menurut laporan daripada sebuah portal, Kejadian tragis itu itu berpunca daripada seorang wanita yang dikenali dengan nama Kim berusia 22 tahun dipercayai telah meninggalkan kanak-kanak malang itu sendirian di dalam rumah mereka tanpa bekalan elektrik selama hampir enam bulan sebelum mayatnya ditemui pada 10 Februari lalu.



Mayat kanak-kanak itu dilaporkan ditemui oleh nenek (Seok) yang berusia 49 tahun bersama datuknya ketika mereka melawat rumah yang didiami mangsa dan ibunya, Kim.

Soek dan Kim didapati menetap di satu blok apartment yang sama dimana Kim di tingkat atas sementara rumah Seok berada di tingkat bawah dan mereka mempunyai hubungan sebagai ibu dan anak.

Menurut keterangan Seok, dia mengakui tidak dapat menghubungi Kim malah dia juga tidak tahu keberadaan anaknya itu namun menurut laporan, pada bulan Ogos 2020 Kim dilaporkan telah berpindah ke rumah suami barunya dan bertindak meninggalkan anaknya itu di dalam apartment tersebut.

Hasil daripada siasatan awal mendapati bahawa kanak-kanak itu merupakan anak kandung Kim bersama bekas suami, Hong.

Difahamkan, Kim dan Hong telah bercerai pada April 2020 yang lalu selepas bekas suaminya itu mengetahui Kim sedang hamil anak lelaki lain.

Malah, selepas mereka bercerai, Hong juga ada memberitahu Kim supaya menjaga anak perempuan mereka sehingga dia mendapatkan hak penjagaan namun malangnya, Kim telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan membiarkan kanak-kanak itu bersendirian sehingga mati kebuluran.

Namun apa yang lebih mengejutkan pada 10 Mac 2021 apabila pihak berkuasa membuat ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak terbabit dan rupa-rupanya, kanak-kanak malang itu bukanlah anak kandung Kim dan Hong.

Berdasarkan keputusan pelik tersebut pihak berkuasa telah bertindak menjalankan ujian DNA ke atas semua ahli keluarga yang terlibat.

Segala-galanya bertukar apabila keptusan DNA jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sebenarnya adalah anak kandung Seok iaitu ibu kandung Kim sendiri bersama dengan lelaki lain dan bukannya dengan suaminya yang sekarang.

Akhirnya terbongkar segala-galanya yang Seok bukanlah nenek kanak-kanak itu sebaliknya adalah ibu kandung kepada kanak-kanak malang tersebut dan ternyata, selama ini Kim telah membesarkan adiknya sendiri dan bukan anak kandung seperti yang disangkakan sebelum ini.

Dipercayai Kim dan Seok telah melahirkan anak perempuan pada waktu yang hampir sama menyebabkan pihak berkuasa percaya kemungkinan Seok secara senyap-senyap telah menukarkan bayi yang dikandungnya dengan bayi Kim kerana tidak mahu orang lain mengetahui dia sudah melahirkan bayi hasil hubungan sulitnya bersama lelaki lain.

Kim dilaporkan mengaku bahawa dia tidak menyukai kanak-kanak perempuan tersebut kerana dia benih daripada Hong. Namun pihak berkuasa percaya bahawa Kim tidak menyedari bahawa bayinya telah ditukar dan meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan.

Namun yang menjadi persoalan sekarang adalah dimanakah seorang lagi bayi perempuan iaitu anak kandung Kim dan Hong?

Pihak berkuasa kini sedang giat mengumpul maklumat tentang lokasi sebenar bayi tersebut dan susulan daripada itu, kedua-dua beranak iaitu Kim dan Seok telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pihak polis juga kini sedang mencari bapa kandung kepada kanak-kanak yang ditemui mati itu.

Dalam pada itu rakyat Korea Selatan meratapi kematian kanak-kanak perempuan yang tidak berdosa itu dan mengesa pihak berkuasa negara itu mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap ibu bapa yang didapati tidak layak untuk mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Sumber: IB TimesAllkpopKoreaboo

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending