Connect with us

Terkini

Dua Beranak Lemas, Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Di Bandar Baharu

ALOR SETAR — Seorang wanita warga emas dan anak perempuannya lemas selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, kira-kira 150 km dari sini.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Hasmah Mat Isa, 69, dan anaknya Noraiza Hashim, 28.

“Siasatan awal mendapati, kereta itu berada di kawasan pakir tasik berkenaan sebelum pemandunya dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu bergerak ke depan lalu meluncur masuk ke dalam tasik.



“Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum lemas,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Advertisement

Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan dengan bantuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BPP) Serdang dengan dibantu oleh BBP Selama, Perak dan Pasukan Penyelamat Di Air Sungai Petani (PPDA).

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mayat Hasmah berjaya dibawa keluar oleh Pasukan PPDA pada 8.40 malam manakala mayat anaknya pada 8.59 malam tadi.

“Sementara kereta Proton Persona itu telah dibawa naik ke permukaan pada 11 malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel