Connect with us

Terkini

Rentas Negeri: Polis Siasat Pasangan Instafamous Beri Maklumat Palsu

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Polis membuka kertas siasatan terhadap sepasang suami isteri instafamous kerana dipercayai memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menjalankan siasatan menyeluruh setelah wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan itu ketika dipanggil memberi keterangan Sabtu lepas.



“Siasatan awal mendapati pasangan itu memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri berikutan mereka didapati membuat persiapan dan tempahan hotel awal secara dalam talian pada Dis 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac tahun ini,” katanya.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka terhadap kedua-dua individu tersebut di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Akta 342 ) dan jika sabit kesalahan, pasangan itu boleh dikompaun sehingga RM10,000.

Advertisement

Ashari juga mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan dengan menjalankan program atau aktiviti peribadi lain serta bercanggah dengan alasan diberikan ketika memohon pergerakan rentas negeri.

Sebelum ini, tular di media sosial pasangan berusia 20-an berkenaan dikatakan menggunakan alasan urusan perniagaan untuk merentas negeri tetapi sebaliknya pergi berbulan madu di sebuah pusat peranginan di Johor Bahru serta memuat naik gambar mereka di media sosial Jumaat lepas.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel