Connect with us

Terkini

Kedah Tuntut Bayaran Air Mentah Sampai Kiamat

Alor Setar: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) diingatkan agar tidak terus mencampuri urusan kerajaan negeri dalam menguruskan kawasan Ulu Muda.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana Kedah adalah sebuah negeri yang berdaulat dan kawasan Ulu Muda juga hak milik negeri itu.

“Kita jaga negeri kita dan uruskan sumber air, maka dia jaga negeri dia punya, jangan pandai-pandai campur tangan kerana perbuatan itu salah, malah kita hanya tuntut hak kita.



“Dia (PBAPP) boleh cadang apa pun kepada kerajaan Persekutuan, yang penting Kedah kena dapat bayaran. Selagi kerajaan Pulau Pinang tak bayar kita akan ‘bising’ sampai kiamat. Kita akan buat tuntutan berterusan untuk mendapatkan hak Kedah,” katanya hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir Jaseni Maidinsa agar kerajaan Persekutuan mempertimbangkan penubuhan pihak berkuasa bebas untuk menguruskan Ulu Muda secara profesional dan lestari sebagai kawasan tadahan air terpenting di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Muhammad Sanusi berkata, Kedah hanya menuntut hak Kedah semata-mata namun PBAPP dilihat masih berterusan campur tangan dalam urusan sumber air di negeri ini.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel