Connect with us

Terkini

Kerajaan Berjaya Tuntut RM48 Juta Daripada Bapa Jho Low

Wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Larry Low Hock Peng, bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB, kini menjadi harta kerajaan Malaysia.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shafinas Shabudin selaku pemohon memaklumkan tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah untuk menuntut wang RM48,491,064 itu.


“Notis kepada pihak ketiga tersebut telah dikeluarkan pada 11 Mac lepas, bagaimanapun tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah hari ini untuk menuntut wang berkenaan.

Advertisement

“Disebabkan tiada pihak ketiga hadir bagi menyatakan tuntutan terhadap harta yang dicadangkan untuk dilupuskan, pihak pendakwa raya memohon supaya harta-harta dilucut hak kepada kerajaan Malaysia,” kata Shafinas.

Larry Low selaku responden yang tidak diwakili peguam juga tidak hadir ke mahkamah.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Shafinas berkata harta yang terlibat ialah wang berjumlah RM20,784,952.56, RM300,000, RM500,000 dan RM20 juta yang disita dari akaun simpanan tetap dan semasa responden di Bank RHB Cawangan KLCC.

Menurut Shafinas, wang berjumlah RM6,242,593.10, RM345,496.47 dan RM318,021.95 telah disita dari akaun simpanan tetap dan akaun semasa responden di Maybank, di cawangan Plaza Gurney di Pulau Pinang.

Pada 19 Julai 2019, Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM48,979,500.67 dalam tujuh akaun bank milik Larry Low selepas tiada pihak ketiga hadir di mahkamah menuntut wang terbabit.

Advertisement

Bagaimanapun, kes lucut hak itu didengar semula selepas pihak pendakwaan meminda notis usul bagi memasukkan maklumat berkenaan dua bank yang terlibat di dalam permohonan lucut hak tersebut.

Pada 29 Mac 2019, kerajaan memfailkan tindakan pelucutan sivil untuk membekukan tujuh akaun bank milik Larry Low dengan mendakwa ia adalah hasil daripada kegiatan pengubahan wang haram.

Notis penyitaan bertarikh 17 Jan 2019 yang ditujukan kepada Goh Gaik Ewe, 66, ibu Jho Low, dikeluarkan mengikut Subseksyen 51 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Hingga kini, pihak berkuasa dilaporkan masih berusaha mengesan Larry Low, isterinya Goh Gaik Ewe dan Jho Low untuk membantu siasatan kes membabitkan syarikat pelaburan kerajaan 1MDB.

Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel