‘Dia Sememangnya Diberi Kebenaran Menggunakan Senjata Api’

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan, senjata api yang digunakan seorang anggota polis berpangkat koperal dalam kejadian menembak anaknya sebelum membunuh diri, adalah diperoleh secara sah.

Mohd Said berkata, anggota terbabit diberikan kebenaran memiliki senjata api itu untuk keperluan tugas diamanahkan dan mendiang berusia 35 tahun itu bertugas sebagai detektif. Mendiang diberi kebenaran memiliki senjata api selama tiga bulan.

Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya senjata api disorok oleh anggota berkenaan.

Advertisement

“Dia sememangnya diberi kebenaran menggunakan senjata api. Memang saya beri kebenaran.

“Pistol itu diberi kebenaran kepada setiap detektif dalam dua kategori iaitu ada diberi secara harian dan ada juga diberi tiga bulan sekali.

“Disebabkan anggota adalah detektif, jadi kita beri kebenaran (memiliki senjata api) untuk keperluan tugas selama tiga bulan dan diberi kebenaran memegang senjata api 24 jam bersamanya demi kepentingan tugas,” katanya.

Dalam pada itu juga, Mohd Said mendedahkan punca kematian dua beranak itu adalah disebabkan kecederaan akibat tembakan di bahagian kepala. Pihaknya sehingga kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Advertisement

Mayat dua beranak berkenaan hanya akan diserahkan kepada keluarga setelah semuanya selesai. Dan urusan pembakaran mayat dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang, 27 Mac 2021 di Pusat Pembakaran Mayat Templer, Seremban.

Sumber: Harian Metro

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

3 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago