Connect with us

Terkini

[VIDEO] Rumah Musnah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan

Batu Pahat: Sebuah rumah musnah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di kediaman terbabit di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong, dekat sini, hari ini.

Saksi kejadian, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata, kejadian berlaku jam 1.20 petang manakala majlis berkenaan dijangka berlangsung pada jam 2.30 petang.

“Kebetulan saya hadir ke rumah berkenaan untuk bertugas sebagai jurugambar majlis pertunangan itu dan saya lihat sendiri api marak membakar rumah berkenaan begitu cepat.


Advertisement

“Keadaan ketika itu agak kelam-kabut kerana ahli keluarga berkenaan tidak sempat menyelamatkan barang hantaran pertunangan termasuk pakaian, peralatan elektrik serta dokumen penting di dalam rumah.

“Ada antara ahli keluarga yang pengsan dan melecur kerana mahu menyelamatkan kereta yang diparkir berhampiran serta ada yang cedera terpijak kaca,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berlaku akibat litar pintas di bahagian dalam rumah manakala keadaan rumah yang berstruktur separa batu dan kayu menyebabkan ia cepat terbakar.

“Mujur tiada kemalangan jiwa dan ahli keluarga serta tetamu yang hadir kira-kira hampir 100 orang dapat menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor berkata, kebakaran itu memusnahkan hampir 80 peratus rumah berkenaan dan sebuah motosikal turut musnah dijilat api.

Advertisement

“Seramai 22 anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penggaram dan Yong Peng dihantar ke tempat kejadian.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta operasi ditamatkan pada jam 3.34 petang,” katanya.


Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel