‘Bila Masa Saya Menyorok?’ – Sajat Nafi Murtad, Dakwa Tidak Diburu Pihak Berkuasa

 1,115 total views,  2 views today

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan). Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!” itulah antara kata-kata usahawan kontroversi Nur Sajat yang tampil menjawab beberapa soalan termasuk isu murtad dan dakwaan bersembunyi daripada pihak JAIS dan polis.

Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, menafikan bahawa dirinya murtad.

Sajat dipercayai membuat siaran langsung menerusi akaun Instagramnya awal pagi semalam dan mendakwa dia berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, dalam video berkenaan, Sajat tidak menunjukkan wajahnya.



Menerusi siaran langsung itu, usahawan tersebut menjawab berkaitan iaitu isu murtad dan bersem­bunyi daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan),” katanya.

Malah, Sajat turut menafikan dia bersembunyi selepas dikenakan waran tangkap kerana gagal ha­dir sebutan kes di mahkamah pada bulan lalu.

“Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!

“Pihak berkuasa tidak mencari saya, malah saya yakin polis mempunyai kes atau urusan lain yang lebih penting berbanding mencari saya,” katanya.

Sajat turut bertindak menyekat beberapa individu yang lantang bersuara semasa sia­ran tersebut berlangsung.

Sebelum itu, Sajat dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Media sebelum ini melaporkan JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pada jam 9 malam semalam.

Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri.

Kemudian, pada awal Mac lalu, menerusi satu video di media sosial, Sajat sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menyatakan untuk keluar agama Islam.

Dia bertindak sedemikian kerana kesal dengan tindakan dengan Jabatan Agama Islam Selangor