Kanak-kanak Ditemukan Selamat Lepas 6 Jam Terapung, Pesara Tentera Pula Lemas Dihanyut Ombak Ketika Mahu Bantu

KOTA BHARU, 29 Mac (Bernama) — Seorang pesara tentera ditemukan lemas selepas dihanyutkan ombak, ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak dalam kejadian di Pulau Kambing, Pantai Kandis, Bachok, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok ASP Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, mangsa Juhairohafizan Juhari, 35, ditemukan pada jarak 50 meter dari tempat kejadian kira-kira 2.50 pagi.

Beliau berkata Juhairohafizan merupakan mangsa kedua yang maut dalam kejadian itu, cuba untuk menyelamatkan Muhammad Aman Firas Aman Syah, 12, yang turut hanyut dibawa arus ketika berkelah bersama keluarganya di pulau berkenaan.


Bagaimanapun katanya, Muhammad Aman Firas ditemui selamat oleh nelayan yang membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR), pada jarak 300 meter dari lokasi kejadian, 11 malam tadi.

Advertisement

“Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk rawatan, manakala mangsa yang lemas dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, operasi SAR berkenaan ditamatkan pada 3.32 pagi selepas kesemua mangsa ditemui.

Semalam, dilaporkan, seorang lemas manakala dua lagi hilang dibawa arus dalam satu perkelahan yang bertukar tragedi di Pulau Kambing, Pantai Kandis, Bachok.

Mangsa pertama yang ditemukan lemas dalam kejadian itu adalah Mohd Sahudin Mat Shaah, 46.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago