Kajian Microsoft Dapati Netizen Indonesia Paling Tak Sopan, Lalu Diserang Netizen Sekali Gus Membuktikan Kajian Itu Benar

Kajian Microsoft yang menyatakan bahawa netizen di Indonesia merupakan netizen yang paling tidak sopan di Asia Tenggara telah menimbulkan kemarahan netizen di negara itu yang menyerang akaun Instagram rasmi Microsoft.

Mereka tidak dapat menerima keputusan kajian tersebut dan mula melemparkan pelbagai komen di ruangan komen akaun Instagram Microsoft sehingga membuatkan pihak berkenaan terpaksa menutup ruangan komen kerana tidak tahan diserbu netizen Indonesia.


Tanpa sedar, hal itu sekali gus membuktikan bahawa kebenaran dari kajian yang dilakukan oleh Microsoft bahawa netizen Indonesia sememangnya tidak sopan.

Walaupun ramai yang melemparkan komen tidak berpuas hati, tidak kurang juga netizen yang memohon maaf kepada Microsoft berhubung tindakan rakan senegaranya.

Advertisement

Difahamkan, dalam kajian yang bertajuk ‘Digital Civility Index (DCI)’ itu, Microsoft meneliti sebanyak 16 ribu responden dari 32 negara. Sistem penilaian dibuat berdasarkan skala 0-100 di mana semakin tinggi skornya, bererti tahap kesopanan netizen di negara itu semakin rendah.

Hasil kajian mendapati, skor kesopanan netizen Indonesia adalah 76 berbanding skor yang diperolehi tahun 2019. Menariknya, skor tersebut bukan didominasi oleh golongan remaja, tetapi golongan dewasa.

Sementara itu, netizen yang paling sopan di Asia Tenggara adalah Singapura. – Agensi

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago