KPDNHEP Serbu Dua Kilang Cetak Logo Jenama Tiruan Didalangi Warga Asing

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Dua premis kilang disyaki didalangi warga Bangladesh yang mencetak logo jenama tiruan pada pakaian diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur Ariffin Samsudin berkata dalam serbuan kira-kira 10 pagi itu, pihaknya merampas 121 acuan bagi mencetak logo jenama terkenal, 4,630 helai pakaian dan satu set komputer dengan nilai sitaan keseluruhan dianggarkan RM100,000 di kedua-dua premis yang terletak di Cheras.


Beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua kilang yang beroperasi lebih daripada setahun itu, menjadi pusat mencetak logo tiruan pada pakaian sebelum dijual kepada pemborong utama sekitar Lembah Klang serta diedarkan bagi pasaran seluruh negara.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun yang dipercayai pemilik kedua-dua premis ini ditahan untuk diambil keterangan.
“Siasatan mendapati perniagaan ini dimiliki warga Bangladesh susulan stok bekalan dan rangkaian pekerja juga daripada negara sama,” katanya pada sidang media di Stor Eksibit KPDNHEP Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata serbuan dibuat hasil risikan selama sebulan bermula daripada maklumat penjualan pada Febuari lepas.

Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya menumpaskan rangkaian utama sindiket pakaian berjenama tiruan dalam negara dan kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago