Connect with us

Pilihan Editor

Semua Menteri Umno Akan Terus Kekal Dalam Kabinet – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata semua menteri daripada UMNO akan terus kekal berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri berkata kesepakatan itu dicapai selepas pertemuan beliau dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin (29 Mac) yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet kerajaan PN.

“Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam Kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.



“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri UMNO akan terus kekal berada di dalam Kabinet,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Muhyiddin berkata pada masa ini, tumpuan utama kerajaan adalah untuk memerangi COVID-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.

Beberapa menteri daripada UMNO memegang portfolio penting yang berkaitan dengan fokus utama kerajaan pada masa ini.

“Justeru, saya tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” kata Muhyiddin.

Pada Isnin menteri-menteri daripada UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri berikutan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di ibu negara untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Pada Ahad, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti yang menghadiri perhimpunan itu.

Advertisement

Perhimpunan tahunan itu turut meluluskan usul Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) seramai 42 orang tidak akan bersama kerajaan PN apabila Parlimen dibubarkan.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel