Connect with us

Jenayah

Tular Video Cabul Wanita, Buruh Mengaku Bersalah Dihukum Penjara Setahun

Perbuatan tidak senonoh seorang buruh kedai besi yang mencabul kehormatan seorang wanita di tepi jalan pada Khamis minggu lalu terbalas apabila dia dijatuhi hukuman selama setahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Tertuduh, Amran Abdullah, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan dengan menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.



Kesalahan itu dilakukan olehnya di tepi Jalan Hamzah, Lorong Limau Manis kira-kira pukul 9.40 pagi pada 25 Mac lalu.

Advertisement

Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan perbuatan tertuduh sehingga tular di media sosial baru-baru ini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd. Halim.

Menurut fakta kes, Amran menunggang motosikal di lokasi kejadian dan apabila tiba dari arah belakang wanita itu, dia bertanya sama ada mahu berkahwin dengannya atau tidak.

Bagaimanapun, wanita itu menolak pelawaan tertuduh sebelum dia beredar selepas sebuah kereta kebetulan lalu di kawasan itu.

Selepas itu, Amran datang menyekat wanita berkenaan dan menyentuh punggung mangsa sebelum terus beredar.

Advertisement

Terdahulu, Siti Edabayu meminta agar mahkamah menetapkan hukuman yang setimpal kerana tertuduh mempunyai empat rekod lampau bersabit kes yang sama sebelum ini.

“Tertuduh telah melakukan kesalahan berat kerana telah mencabul kehormatan mangsa. Justeru, hukuman yang setimpal dikenakan juga mengambil kira aspek kepentingan awam,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel