Connect with us

Terkini

PAS Kukuh Kerjasama Dengan Bersatu Hadapi PRU15

Kuala Lumpur: Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menolak bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan, perkara itu antara yang dipersetujui dalam pertemuan antara kepimpinan tertinggi kedua-dua parti itu semalam, bertujuan merangka hala tuju kerjasama dalam PN.



“Bersatu dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang membabitkan PH dan sekutunya.

“Bersatu dan PAS, selaku antara parti pengasas utama PN, akan menubuhkan satu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat pusat, bagi merangka strategi dan hala tuju parti khusus bagi menghadapi PRU-15, termasuk rundingan pengagihan kerusi,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Kenyataan itu menyatakan, segala keputusan yang dicapai jawatankuasa itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, untuk dimuktamadkan secara kolektif dalam kalangan parti-parti komponen.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa pertemuan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, turut bersetuju menolak sebarang usaha merungkai perpaduan yang sedia terjalin, dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina bersama.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel