Connect with us

Terkini

Pasangan Kekasih Tergamak Ikat Anak Baru Lahir Dalam Plastik Hitam

Kes buang bayi yang semakin meningkat membuktikan bahawa masalah sosial berkenaan tidak pernah selesai di negara ini.

Malah, data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia menunjukkan setiap tiga hari, akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup.

Terbaru, seorang remaja perempuan dan teman lelakinya yang berusia 18 tahun telah ditahan berhubung satu kes pembuangan bayi di kawasan semak berhampiran kilang Telok Mas pada Isnin lepas.



Lebih meyedihkan apabila remaja perempuan itu turut mengaku telah melahirkan bayi tersebut pada Isnin lalu hasil daripada hubungan sulit bersama teman lelakinya pada Januari tahun lepas, sebelum dia akhirnya disahkan mengandung.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka berkata, suspek telah melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 12 tengah malam dan telah disambut oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Kandang.

Remaja lelaki itu kemudiannya telah bertindak untuk memasukkan bayi yang masih hidup itu ke dalam kotak plastik dan dibungkus dalam plastik hitam lalu dibuang ke kawasan semak.

Namun, perbuatan tidak berperikemanusiaan pasangan kekasih itu terbongkar selepas remaja perempuan itu ada menerima rawatan di Hospital Melaka disebabkan pendarahan.

Teman lelaki kepada wanita itu juga dikatakan telah ditahan polis di pekarangan hospital berkenaan pada jam 9 pagi Rabu.

“Lelaki itu kemudian mengambil mayat bayi itu yang dibuang ke dalam semak dan diserahkan kepada pihak polis selepas pihak hospital membuat laporan polis.”

Advertisement

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan pihak polis sedang mendapatkan arahan pertuduhan daripada pihak pendakwaraya.” Katanya.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan membunuh yang boleh dijatuhkan hukuman mati.

Sumber: SinarHarian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel