Tular Rakaman Dashcam Kemalangan Di Lampu Isyarat, Myvi Putih Tak Bersalah!

Tular di media sosial rakaman dashcam menunjukkan sebuah kereta merempuh tiga kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat.

Kejadian yang berlaku di Bayan Lepas Pulau Pinang ini menyebabkan pemandu kenderaan maut.

Manakala tiga lagi lelaki cedera selepas dirempuh kenderaan mangsa yang hilang kawalan di persimpangan Jalan Sultan Shah dan Jalan Tengah.


Dalam Kejadian jam 2.50 petang Khamis, pemandu Swift dikatakan memandu dengan laju sehingga hilang kawalan lalu merempuh Perodua Myvi dan Toyota Vios serta sebuah motosikal.

Advertisement

Pemandu Swift dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu juga, seorang lelaki yang membuat rakaman video di lokasi kejadian bersama dengan seorang lagi lelaki didapati menuduh pemandu Perodua Myvi yang menjadi punca kemalangan itu.

Lelaki 1: “Gilo, mabuk ka apa? Hang mabuk ka?”

Perakam: “Langgar lampu isyarat ka apa?”

Mangsa: “Takda! Takda! Takda!”

Advertisement

Lelaki 1: “Hang tengok apa jadi semua!”

Mangsa: “Takda! Takda! Bukan! Bukan! Saya berhenti di sini…” katanya yang masih dalam keadaan keliru setelah dirempuh Suzuki Swift.

Lelaki 2 (Baju biru): “Kenapa ni?

Perakam: “Dia langgar lampu isyarat!

Lelaki 2 (Baju biru): “Owhhhh!”

Advertisement

Perakam: “You Berhenti apa? Lampu sudah merah! Jaga eh, semua sudah rakam. Standby! Tepi-tepi ini semua ada, jaga eh! Hang tengok apa jadi semua, eiii! Nasib baik tadi. Langgar lampu isyarat, habis semua orang jadi mangsa.

Lelaki 1: “Bang! Bang! Tahan sat! kena pegang! Kena pegang!”

Fitnah yang dilemparkan oleh dua lelaki itu membuatkan netizen mengecam tindakan dua lelaki terbabit cuba menjadi hero yang tak diundang.

“Amboi konon nak jadi hero la tu. Sampai-sampai lokasi siap main tuduh je. Kesian uncle tu dok pening lagi. Bang moto, baik hang pi minta maaf balik dengan uncle tu,” kata netizen.

Baca: [VIDEO] ‘Sebelum Kemalangan, Mangsa Pukul Adik Saya’ – Pemandu Swift Maut Langgar Lampu Isyarat, Rempuh Toyota Vios

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago