Connect with us

Terkini

Tular Video Jalan Berbaris Ke Masjid Untuk Solat Jumaat, Lelaki Berhati Mulia Bantu Empat Lelaki Buta Melintas Jalan Terima Pujian Netizen

Satu video yang memaparkan 4 orang lelaki cacat penglihatan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat menjadi tular di media sosial.

Beberapa jemaah kelihatan menolong mereka ketika mereka berjalan berdampingan di tepi jalan untuk sampai ke masjid dengan selamat.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @opetta, empat lelaki buta itu berjalan dalam satu barisan dengan tangan mereka memegang bahu rakan di hadapan mereka.



Lelaki yang paling hadapan sekali kelihatan membawa tongkat sebagai panduan untuk mencari jalan yang akan mereka lalui.

Advertisement

Beberapa jemaah yang juga hendak berangkat ke masjid tampak menolong 4 orang buta tersebut. Salah seorang pemuda dilihat menolong orang buta itu sementara yang lain mengawal lalu lintas sehingga orang buta itu berjaya menyeberangi jalan tersebut dengan selamat.

“Walaupun mereka kekurangan, mereka tidak pernah melupakan untuk solat Jumaat di masjid,” tulis pemilik akaun tersebut.

“Mereka selalu berjalan beriringan seperti ini, saling melengkapi antara satu sama lain tiap kali ke masjid,” sambungnya.

“Terima kasih orang baik yang selalu menolong mereka untuk sampai ke masjid,” tulisnya lagi.

Melihat video tersebut, warganet kemudiannya menulis pelbagai komen. Sebilangan besar daripada mereka menyatakan bahawa mereka sangat tersentuh melihat empat orang buta yang sangat bersemangat dalam beribadah itu.

Advertisement

“Aaaaa terharu, terima kasih orang baik kerana menolong mereka,” tulis seorang warganet.

“Ya Allah saya menangis,” tulis warganet yang lain.

Advertisement

Melihat video seprti ini terasa tenang, pemandangan yang sungguh indah, calon penghuni syurga, amin,” tulis yang lain.

“Semoga kita semua lebih bersyukur sebagai peringatan untuk diri kita sendiri,” ujar seorang warganet.

Sumber: Suara.com

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel