Tuesday, December 09, 2025

Isteri Mangsa Bunuh Di Majidee Direman, Didapati Positif Dadah

April 3, 2021
1 min read

Isteri kepada seorang lelaki yang mati dibunuh berdekatan rumahnya di Kampung Desa Makmur, Majidee, Johor Bahru semalam didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisoner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, wanita berumur 30-an itu direman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 9 April bagi membantu siasatan.



“Hasil ujian saringan awal air kencing menunjukkan wanita itu didapati positif dadah.

“Suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Semalam media melaporkan seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di leher serta tikaman pada badan, di sebuah kediaman di Kampung Desa Makmur, semalam.

Polis menerima laporan mengenai insiden menimpa mangsa yang juga pekerja kilang berusia 20-an itu pada pukul 8.25 pagi.

Susulan itu, polis menahan isteri mangsa, manakala hasil pemeriksaan awal turut menemui sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melalui talian hotline 07-2182323 untuk membantu siasatan.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Polis Buka Siasatan Video Pemain Indonesia Hina Anggota URB PDRM

SUBANG JAYA, 11 NOV – Polis membuka kertas siasatan berhubung beberapa video