Connect with us

Terkini

‘Adik Saya Telah Pun Diberi Denda Melakukan Kerja-Kerja Amal’ – Abang Suspek Rayu Semua Pihak Padam Video Tular

Abang kepada salah seorang suspek yang terbabit dalam kes pukul seorang remaja perempuan dalam video yang tular dipercayai berlaku di Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini, tampil memohon maaf bagi pihak adiknya.

“Saya abang kepada adik kandung saya, memohon maaf di atas kelakuan, ketidaksopanan dia. Adik saya menyesal dengan perbuatan tersebut dan telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.



“Adik saya telahpun diberi denda melakukan kerja-kerja amal,” jelas abangnya yang dikenali sebagai Aiman Kulup.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusof memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kes pukul tersebut dan setakat ini masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa kejadian.

Advertisement

Menurut Aiman, adiknya kini terpaksa menanggung malu berikutan video dan gambar mereka yang terlibat viral di media sosial.

“Kerja amal yang diberikan kepada adik saya, telah dilaksanakan. Kepada pihak atau ahli keluarga mangsa berkenaan, sila padam post korang. Hal ini membuatkan adik saya berasa malu,” katanya.

Sebelum ini, seorang individu yang dipercayai terbabit dalam kes itu tampil menjelaskan mereka memukul mangsa kerana memfitnah mereka tiada dara.

Sumber: IRDK Kelantan/TheReporter

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel