Connect with us

Jenayah

“Gangster” Remaja Perempuan Ditahan, Berebut Lelaki Jadi Punca

Polis dilaporkan sudah menahan kumpulan remaja yang memukul seorang remaja perempuan sehingga video kejadian tular kelmarin.

Menurut, seramai 10 individu berusia 14 hingga 17 tahun ditahan polis selepas mereka tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, enam remaja perempuan dan empat lelaki tampil menyerah diri sebaik hebahan mengenai mereka dilakukan.



“Sembilan daripada remaja itu masih bergelar pelajar manakala dua sudah berhenti sekolah dan semua tangkapan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas keterangan selesai diambil.

Advertisement

“Seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methampethamin dan punca pergaduhan disyaki disebabkan berebut teman lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi arahan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 atas kesalahan merusuh.

Terdahulu menerusi video 30 saat yang tular di media sosial memaparkan mangsa telah dibelasah serta turut ditarik tudungnya.

Mangsa yang tidak melawan kemudiannya dipukul seorang lagi remaja lain.

Advertisement

Menerusi audio rakaman video berkenaan, dikatakan video tersebut tidak akan disebar sebaliknya hanya berniat sebagai ugutan sahaja.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel