Connect with us

Terkini

Pengamal Perubatan Tradisional Mati Ditembak Dipercayai Akibat Dendam

KUANTAN: Seorang pengamal perubatan tradisional ditemui mati dengan kesan tembakan pada bahagian kepala di rumah sewanya dekat perkampungan Bukit Rangin Perdana 2, di sini, malam tadi.

Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota tiba di lokasi kejadian untuk tujuan siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pemeriksaan awal dilakukan pihaknya mendapati mangsa berada berseorangan di rumah berkenaan dan terdapat kesan darah yang sudah kering di beberapa bahagian rumah itu.



“Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Abdul Rahim Nasri berusia 31 tahun dan bekerja sebagai bomoh atau pengamal perubatan tradisional sejak lebih setahun lalu.

Advertisement

“Siasatan kami mendapati tempat kejadian (rumah sewa) itu digunakan sebagai lokasi mangsa menjalankan rawatan dan disewa oleh ibu mangsa.

“Mangsa sudah berkahwin dan baru menimang cahayamata dan kami difahamkan ketika kejadian, isteri dan anak mangsa berada di kediaman ibu bapa mentuanya di tempat lain kerana masih dalam tempoh berpantang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, petang tadi.

Mohamad Noor turut berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan mangsa ditembak oleh suspek yang mempunyai dendam dan marah terhadap mangsa.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden itu dan memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan lebih teliti bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

Dalam pada itu, Mohamad Noor berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.

Advertisement

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita meminta saksi kejadian atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu kami melengkapkan siasatan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel