Connect with us

Terkini

Najib Sahkan Terima Notis Muflis Daripada LHDN, Bakal Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima notis muflis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung tuntutan cukai pendapatannya RM1.74 bilion dari tahun 2011 hingga 2017.

Beliau berkata, notis muflis itu diterima semalam selepas selesainya prosedur mahkamah berhubung kes rayuan SRC.

“Mungkin tindakan memberi saya notis muflis pada hari pertama rayuan kes saya didengari adalah bertujuan untuk menyadur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah atau untuk terus memalukan saya.

“Kes cukai ini dikenakan terhadap saya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan langsung tidak mempunyai alasan kukuh atau merit. Ia kemudian diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Advertisement



“Ia berkaitan sejumlah RM3 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun yang menggunakan nama DSN di mana akaun itu diwujudkan bagi menerima sumbangan derma dan RM642 juta dipindahkan secara terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan ia sudah dipulangkan empat bulan kemudian,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan bahawa Najib diberikan notis muflis oleh LHDN semalam.

Notis muflis yang diterima Datuk Seri Najib Tun Razak

Dalam pada itu, Najib berkata, kesan daripada notis muflis itu akan menyebabkannya kehilangan status sebagai Ahli Parlimen Pekan dan pilihan raya kecil akan diadakan.

“Saya tidak lagi layak untuk bertanding dalam pemilihan parti dan pilihan raya. Saya akan kehilangan semua wang simpanan yang saya kumpulkan semasa bekerja dalam perkhidmatan kerajaan di mana ia sekarang digunakan untuk menyara hidup dan membayar peguam saya.

“Saya tidak akan mempunyai wang lagi untuk bayar fi peguam saya bagi menjalankan tugas pembelaan di mahkamah dan tidak akan terima kembali barangan dan wang yang disita biarpun jika saya menang kes itu,” ujarnya.

Sementara itu, Najib turut menegaskan tidak akan tunduk kepada mana-mana individu yang menyalahgunakan undang undang negara ini untuk menzalimi dirinya atas dasar politik dan ketamakan untuk berpaut pada kuasa.

Advertisement

Malah katanya, beliau akan terus bersuara demi rakyat Malaysia.

“Saya telah meminta peguam untuk mendapatkan perintah penangguhan hukuman.

“Saya juga dengan rendah diri meminta semua akauntan cukai, peguam percukaian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meneliti kes percukaian ini bagi memberi pandangan sama ada ia mempunyai merit atau sebaliknya,” tegasnya.

Pada Jun 2019, kerajaan melalui LHDN memfailkan tuntutan saman terhadap Najib bagi menuntut lebih RM1.69 bilion daripada bekas perdana menteri itu, dengan kadar faedah lima peratus tahunan bermula daripada tarikh penghakiman, serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan berkata Najib gagal membayar cukai pendapatan untuk tahun 2011 hingga 2017 dalam jangka waktu 30 hari yang ditetapkan setelah notis taksiran dikeluarkan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel