Friday, December 05, 2025

Pelakon Noryati Taib atau dikenali Makcik Petir Meninggal Dunia

April 7, 2021
1 min read

Pelakon drama Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Makcik Petir’ meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.

“Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi.



“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman,” kata Faizul Hafiz.

Pada tahun 2017, Noryati pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Noryati juga diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.

Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana

HANGAT MINGGU INI

Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata, Netizen Titip Doa & Sokongan

KUALA LUMPUR – Tular di laman sosial selepas pengguna TikTok, Nurnasha, berkongsi

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia di Rumah

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, 69,