Friday, December 05, 2025

‘Kalau Dah Jodoh’ – Warga Emas Kahwini Gadis Muda Berusia 19 Tahun, Pernah Melamar Ibu Mentua Sendiri

April 8, 2021
1 min read

Siapa sangka jodoh seorang gadis dikenali sebagai Ira Fazilah berusia 19 tahun, dengan seorang warga emas dikenali sebagai Bora yang berusia 58 tahun.

Foto perkahwinan mereka juga turut tular dan meraih perhatian daripada netizen.



Menerusi laporan yang dipetik daripada Suara Sulsel, pasangan pengantin tersebut mengenakan pakaian tradisional adat Bugis berwarna putih. Walaupun, perbezaan umur sebanyak 39 tahun perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang buat mereka untuk menjadi suami isteri.

Majlis pernikahan mereka dilangsungkan di daerah dataran tinggi di Pergunungan Bontocani. Jelas Bana Ishak, yang merupakan ketua kampung, mengesahkan perkahwinan tersebut berlangsung atas dasar suka sama suka tanpa ada sebarang paksaan.

“Mereka berkahwin atas dasar suka sama suka tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.”

Difahamkan, sebelum berkahwin dengan gadis muda ini, lelaki ini pernah melamar ibu mentuanya sendiri. Namun, lamaran tersebut telah ditolak dan sebagai gantinya anaknya telah ditawarkan untuk menjadi isteri kepada lelaki itu. Ujar wanita ini lagi, anaknya ketika itu sama sekali tidak menolak dan terima dengan hati yang terbuka.

“Sebelum ini Bora mahu melamar ibu Ira, namun lamarannya telah ditolak lalu ditawarkan anak perempuannya.”

Bercerita lebih lanjut, Ira Fazilah merupakan seorang anak yatim dan hanya hidup bersama tiga adik beradik yang lain.

Sumber: Suara Sulsel

HANGAT MINGGU INI

Ayah di Sibolga Tidak Berganjak dari Kawasan Tanah Runtuh Selama Tiga Hari Demi Mencari Puteri Tercinta

SUMATERA UTARA – Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Sibolga meninggalkan kesedihan

Rakyat Thailand Terharu, Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

HATYAI – Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group, kelihatan