Connect with us

Terkini

‘Keadaan Di Gaza Tidak Lagi Sesuai’ – Wanita Hilang Tempat Bergantung, Perlukan Bantuan RM10k Untuk Mula Hidup Baru

Bayangkan berkelana di negara asing dengan harapan untuk mencari kebahagian dan memulakan fasa hidup yang baharu, tetapi sinar bahagia yang didambakan nampak seakan kelam, tidak seperti yang diimpikan.

Itu yang perlu dilalui oleh seorang wanita berketurunan Arab ini yang berhijrah ke Malaysia dan menemui cinta yang disangkakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat, tetapi tanpa disangka banyak onak duri yang perlu dilaluinya malah tiada tempat untuk bergantung dan hanya mampu mengharapkan bantuan orang ramai.



Mari kita ikuti perkongsian yang dimuatnaik oleh Natipah Abu dalam slot Sedekah Jumaat di bawah ini.

SEDEKAH JUMAAT
HIDUP BARU
KEPERLUAN RM10K
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU
552107617521

Advertisement

Kisah sedih ini dirujuk kepada kita oleh pihak berwajib kerana wanita malang ini memerlukan bantuan tetapi tidak banyak yang dapat dibantu kerana dia bukanlah rakyat Malaysia.

Nur ( 34 tahun ) wanita berketurunan Arab ini bukanlah calang-calang. Dia memegang ijazah dalam Bahasa Inggeris dari Universiti Al Azhar -(Kuliah Pendidikan Takhasus Bahasa Inggeris).

Umum kita tahu pergolakan di Gaza, penindasan terhadap rakyat Palastin mendapat perhatian berbagai lapisan masyarakat antarabangsa termasuklah Malaysia.

Di sanalah Nur berkhidmat di bawah panji-panji United Nation sebagai penterjemah kepada sukarelawan dan NGO yang masuk bermisi dan menyampaikan bantuan di sana.

Ketika menjadi penterjemah kepada sebuah delegasi yang datang dari Malaysia pada tahun 2010, Nur telah berkenalan dengan seorang lelaki yang 30 tahun lebih tua darinya.

Advertisement

Nur tidak pernah menduga sama sekali itu semua bakal menjadi titik bermulanya takdir perjalanan penuh liku hidupnya hari ini.

Bermula dari perkenalan itu, mereka selalu berbalas mesej di FB dan lelaki itu yang juga seorang duda, telah menjanjikan peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan sekiranya Nur berhijrah ke Malaysia.

2013 .. dengan tiket dan semua perbelanjaan ditanggung lelaki itu, Nur pun terbang ke Malaysia dengan harapan pekerjaan baru yang dijanjikan akan memberikan pengalaman indah buatnya.

Sebaik tiba di Malaysia, Nur dibawa tinggal di rumah ibu lelaki itu dan dalam tempoh tidak sampai sebulan, Nur diajak berkahwin oleh lelaki itu atas alasan masalah visa dan imigresen.

Tidak punya pilihan lain, Nur yang ketika itu menaruh harapan yang tinggi untuk berdagang nasib di Malaysia, menerimanya dengan hati yang terbuka.

Advertisement

Namun sayang bukan sahaja perkerjaan yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan, bahagia yang diharapkan juga tidak kunjung tiba.

Sepanjang tempoh 8 tahun berkahwin, Nur sengsara menanggung derita. Hidup di bumi asing yang tiada bersaudara tidaklah semudah yang disangkakan.

Cukuplah kalau kita katakan Nur juga mangsa penderaan emosi dan keganasan rumah tangga, suami tidak menjalankan tanggung jawabnya dengan sempurna.

Dalam tempoh 8 tahun ini, sudah dua kali dia ditalakkan dan rujuk semula dan kini dia dihalau lagi. Namun Nur sama sekali tidak berhasrat untuk berpisah pun bahkan dalam tempoh dua kali rujuk sebelum ini, Nur lah yang merayu.

Nur tinggal di Malaysia atas visa suami kepada warga negara. Jadi walau apa pun terjadi, Nur harus mengekalkan statusnya sebagai seorang isteri. Walau sudah dilayan bagai kupang tembaga, Nur tetap harus bertahan.

Advertisement

Nur tidak pernah bermimpi pun untuk kembali dan tinggal di negara asalnya kerana anak-anaknya rakyat Malaysia dan keadaan di Gaza , tidak lagi sesuai untuk membesarkan anak-anak.

Gambar Via Natipah Abu

Bila dihalau buat kali ketiga Nur mula melangkah keluar mendapatkan bantuan pihak berwajib. Nur juga mula ke sana dan ke sini menghantar borang permohonan untuk mencari perkerjaan bagi membesarkan anak-anak yang berusia 6 tahun dan 9 bulan itu. Tetapi buat masa ini belum ada rezeki mereka lagi.

ZAKAT KEDAH telah menyalurkan bantuan sarahidup RM 300 sebulan utk Nur. Dari pihak JKM pula, bantuan hanya boleh diproses atas nama anak Nur setelah anak sulungnya berusia 7 tahun dan boleh membuka buku akuan bank sendiri.

Sekarang Nur tinggal di sebuah rumah kampung di dalam sebuah kebun kelapa sawit yang tiada bekalan air. Nur menggunakan air telaga yang kotor utk urusan harian. Bila hujan Nur dan anak -anak kesejukan menadah tubuh tempias hujan dan bumbung yang bocor.

Gambar Via Natipah Abu

Melihat keadaan rumah Nur yang kini telah pun berpisah tempat tinggal dengan suami, terasa hati bagai dihempas ke batu.

Mimpi indahnya jatuh berserakan di kaki waktu, Nur sendiri lupa bahawa dia sudah 8 tahun dia berada di Malaysia. Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung, Nur lancar bertutur dan mahir membaca dalam bahasa Melayu dengan baik.

Sebagai wanita Arab Nur sangat menjaga kehormatannya. Nur berulang kali meminta identinya dirahsiakan. Selain aib diri dan aib keluarga suami Nur bimbang sekali ayahnya di Gaza tahu tentang keadaannya.

Advertisement

Tidak sampai hati sungguh dia membiarkan ayah yang dulunya seorang guru dan telah tua itu, bermandikan air mata seandainya dia tahu tentang nasib anak bongsunya di perantaun. Yang semua kelurganya tahu Nur bahagia di sini.

Jumaat yang barakah ini semoga sumbangan yang kita kumpul hari ini mampu membawa sinar baru dalam hidup Nur dan dua orang anaknya.

Langkah pertama kita, membawa Nur berpindah ke rumah yang lebih selesa dan selamat. Menanggung kos sewa rumah dan membeli keperluan asas rumah.

Kita juga akan berusaha membantu Nur mendapatkan pekerjaan yang setara dengan pengalaman beliau sebagai guru kelas tusyen Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebelum ini.

Semoga Ramadhan yang bakal tiba dalam masa 4 hari lagi nanti akan membawa seribu rahmat buat Hamba Allah yang tidak berdaya ini.

Advertisement

“Saya selalu berdoa kepada Allah Ajzawalla , Ya Allah ! hantarlah orang yang baik untuk saya dan anak-anak“

Luahnya dalam tangisan mengakhiri perbualan

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sumber: Natipah Abu

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel