Connect with us

Terkini

Lagi Kes Borang Rentas Negeri Kosong Tular, Polis Shah Alam Buka Siasatan

Sebelum ini, tular satu borang kebenaran rentas negeri yang dipercayai telah diluluskan oleh pihak polis, tanpa perlu diisi mengenai maklumat individu tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis Kemaman, menerusi satu kenyataan memaklumkan tanda tangan yang tertera pada borang itu telah dipalsukan dan sehingga kini siasatan masih dijalankan.

Teekini tular pula sekeping borang rentas negeri dipercayai dikongsi di media sosial yang mendapat kebenaran ‘segera’ oleh pihak polis untuk berbuat demikian.



Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Advertisement

Menerusi borang tersebut, individu berkenaan mendakwa mendapat ‘pertolongan’ dipercayai daripada orang dalam bagi memberi kelepasan kepadanya untuk merentas negeri. Ujarnya lagi, ini merupakan kali kedua dia mendapat peluang seumpama itu.

“Terima kasih tolong kali kedua. Tak perlu beratur panjang-panjang. Ada cable dah mudah besar, senang kira.”

Susulan daripada itu, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Ramsay Anak Embol, memaklumkan terdapat pemalsuan tanda tangan milik Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6, SM Mohd Fadzli Bin Ali.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.”

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel