Connect with us

Bahasa

Suami Temui Isteri Dah Tergantung, Dua Anak Tak Bernyawa

Published

on

 1,001 total views,  6 views today

Seorang wanita yang juga bergelar ibu tergamak membunuh dua orang anak kandungnya yang baru berusia dua dan empat tahun sebelum dia bertindak membunuh diri.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui mayat wanita dan anak-anaknya itu telah ditemui oleh suaminya sendiri di rumah.

Menurut laporan yang dipetik daripada CNN Indonesia, seorang wanita yang dikenali dengan nama Dina Rosdiana berusia 31 tahun telah membunuh dua orang anak kandungnya dengan cara menekup mulut menyebabkan kedua-dua mangsa lemas dan tidak bernafas.



Selepas mangsa yang berusia empat, Yumma Tamimatujinan dan dua tahun, Abqori Abrurahman itu sudah tidak bernyawa, ibu kepada dua anak ini kemudian mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri.

Menurut sumber, mayat ketiga-tiga beranak ini ditemui di kediaman mereka yang terletak di Bandung Barat, Indonesia oleh si suami, Asep Burhanudin.

Difahamkan, ketika kejadian, Asep tiada di rumah kerana mempunyai urusan kerja di luar.

Bercerita dengan lebih lanjut, Asep memaklumkan selepas selesai kerja, dia telah pulang ke rumah.

Pada awalnya, dia mendapati pintu di rumahnya berkunci dan dia berkali-kali cuba memanggil isterinya itu tetapi tiada sebarang jawapan yang diterima.

Risau sesuatu perkara buruk berlaku, Asep bertindak memecahkan pintu rumah tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat isterinya sudah ‘tergantung’ di tiang pintu bilik manakala dua anaknya terbaring tidak bernyawa.

Susulan daripada insiden itu, Asep telah melaporkan kepada pihak polis. Hasil pemeriksaan, pihak polis berjaya menemui selendang yang digunakan oleh Dina untuk menggantung diri dan sisa makanan dua kanak-kanak malang itu.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila pihak polis turut menemui catatan yang terkandung luahan hati ibu kepada dua anak ini.

Dalam catatan tersebut, Dina tidak mampu meneruskan hidup kerana memiliki bebanan hutang. Menurut sumber, beberapa hari sebelum kejadian, Dina dan Asep telah bertengkar selepas suaminya itu mengetahui tentang hutang tersebut.

Malah, ada juga dakwaan mengatakan salah satu punca Dina bertindak sedemikian adalah kerana mempunyai masalah rumah tangga.

Sementara itu, pihak polis memaklumkan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan mereka masih menunggu hasil bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dua orang kanak-kanak terbabit.

Sumber: CNN Indonesia, Detik News

Terkinii

Konstabel Baru Pindah Sibu Mati Tertembak Oleh Rakan

Published

on

 4,195 total views,  903 views today

SIBU- Seorang konstabel polis lelaki ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai di sini semalam dipercayai tertembak oleh rakannya yang juga seorang anggota polis yang menyewa rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi lewat malam tadi berkata, anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, dijumpai dengan kesan tembakan di kepala selepas laporan mengenai kejadian itu diterima sekitar 7 malam.



“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa di dalam rumah,” katanya tanpa memberitahu butiran lanjut kejadian.

Menurutnya, mangsa yang baru sebulan setengah berpindah tugas ke sini setelah menamatkan latihan asasnya sebagai anggota polis dikatakan datang ke rumah sewa berkenaan yang didiami dua rakan polisnya untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka puasa.

Mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.

Stanley yang sebelum itu turut meninjau tempat kejadian selepas menerima laporan insiden itu berkata, mangsa bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Menurutnya, laporan awal kejadian tersebut telah dihantar kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Lukas Aket.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Bernama

Continue Reading

Terkinii

Polis Akan Panggil Neelofa Dan Suami Selepas Video Di Premis Perniagaan Di Nilai 3 Tular

Published

on

 10,835 total views,  883 views today

SEREMBAN, 3 Mei – Selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung penularan video itu yang mengaitkan artis tersebut selepas dipercayai berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3 dekat sini semalam.



“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan. PDRM menasihati orang ramai mematuhi PKPB. Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Spekulasi berkaitan video pelanggaran SOP PKPB itu tular di media sosial apabila Neelofa bersama suaminya dikatakan memuat naik gambar dan video yang menunjukkan mereka berada di sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai, semalam.

— BERNAMA

Continue Reading

Terkini

[VIDEO] ‘Dah Tegur, Dia Keluar Hujah Pula’ – 4 Wanita Bertudung Tak Puasa, Siap Makan Di Restoran Tanpa Segan Silu

Published

on

 33,486 total views,  910 views today

Tular satu video di media sosial menunjukkan 4 orang wanita yang beragama islam tidak berpuasa dan makan di sebuah restoran yang dipercayai di Singapura.

Menerusi perkongsian di Facebook Jihair, seorang wanita merakam video yang berdurasi satu minit sambil menegur keempat-empat orang wanita berkenaan.



“Yang makan makanan Cina ini semua, dia cakap dia kerja dengan orang Cina, lepas tu dia boleh makan. Korang buat malu orang Islam, pakai tudung lagi. Apa nak jadi?”

Masalahnya, seorang wanita yang tidak berpuasa itu siap ada point lagi nak berdebat dengan si perakam.

Disebabkan si perakam rasa malas nak panjangkan cerita, dia sempat berkata ingin melaporkan hal ini kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebelum bergerak dari tempat kejadian.

Kalau alasan ‘uzur’ sekalipun, pergi makan dekat tempat tertutup. Ini betul tak malu makan dekat khalayak ramai. Apa nak jadi?

Sumber: Facebook Jihair Bin Adey

Continue Reading

Trending