Connect with us

Global

Atta Halilintar Dan Aurel Terima Kecaman Selepas Kongsi Video Malam Pertama Di Youtube

Youtuber terkenal yang berasal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar telah sah bergelar suami kepada penyanyi Aurel Hermansyah yang juga anak perempuan pasangan penyanyi Anang Hermansyah dan Krisdayanti pada 3 April 2021 yang lalu.

Terbaru, nama pengantin baru ini sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas Atta Halilintar memuat naik klip video ‘malam pertama’ bersama isteri di akaun Youtube miliknya dan turut menerima kecaman pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) kerana dianggap menyebar perkara tidak berfaedah seperti dillapor laman berita Suara Bali.

Memetik laporan Suara.Com  pula, Youtuber terkenal ini dipercayai telah memuat naik sebanyak empat sedutan video menceritakan tentang kisah ‘malam pertamanya’ bersama isteri.



Antara video tersebut adalah “Malam Pertama Atta Aurel“, ”Kamar Malam Pertama Atta Aurel Kamar Raja Salman“. Seterusnya, “Malam Pertama Aurel di Rumah Atta” dan yang terakhir adalah “Buka Kado Malam Pertama Atta Aurel dan Ibu Jokowi”. 

Advertisement

Berdasarkan video pertama yang dimuat naik Atta Halilintar memaparkan dia dan isteri berjalan memasuki sebuah bilik di hotel yang sudah dihiasi dengan taburan bunga mawar di atas katil. Pasangan ini sempat merakam ‘aksi mesra’ mereka berbaring dan berehat di atas katil sambil berbual. Selain itu, Atta dan isteri turut merakam aktiviti mereka pada keesokan paginya seperti mengemaskan diri dan makan bersama.

Perkongsian itu secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan pasangan ini yang disifatkan terlalu ‘terbuka’.

Bukan itu sahaja, Ketua Nahdlatul Ulama Pa­pua, Fritz Haryadi dari pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) turut terpanggil untuk memberi ‘teguran’ kepada pasangan ini. Menurut,

Fritz Haryadi, meskipun video yang dimuat naik Atta itu bukanlah berunsur pornografi tetapi ianya dianggap memberi pengaruh negatif kepada generasi muda.

“Ia adalah kebodohan yang sudah terlalu lama disajikan kepada generasi muda kita,” kata Fritz di akaun media sosialnya.

Advertisement

“Dengan subscribers yang rata-ratanya remaja sekolah, Atta Halilintar memuat naik video malam pertamanya. Lima juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Ia adalah kebodohan yang sudah terlalu lama disajikan kepada generasi muda kita.”

Difahamkan, sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 6 juta tontonan dan menerima lebih 33 ribu komen dari netizen.

Ia memaparkan aksi mesra suami isteri itu dalam sebuah bilik hotel selepas berakhir maj­lis perkahwinan mereka.

Sumber: Atta HalilintarSuara.ComTribunnews

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel