Connect with us

Bahasa

[VIDEO] ‘Mak, Ayah Maaf Kalau Tak Dapat Kahwin Dan Ada Anak’ – Khunsa Putuskan Untuk Jadi Lelaki Selepas Jalani Hidup Sebagai Perempuan Selama 16 Tahun

Published

on

 1,033 total views,  3 views today

Seorang pemuda di Tegal, Indonesia yang dilahirkan sebagai khunsa sempat menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan selama 16 tahun.

Sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah mengalami haid seperti yang dialami remaja perempuan lain. Malah dia mula menyedari dirinya lebih kepada lelaki dan menyukai perempuan lalu mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan alat kelamin bagi menjadikan dirinya lelaki.

Kevin atau namanya sebelum ini, Siti Aishah, memiliki dua alat kelamin dan sejak dari kecil lagi dia sudah biasa dianggap sebagai anak perempuan oleh kedua orang tuanya kerana dia membuang air kecil melalui ‘miss v’.



Namun apabila menginjak ke usia remaja, Kevin tidak mengalami pertumbuhan payudara dan datang haid seperti rakan perempuannya yang lain.

“Jadi pada awalnya saya dilahirkan dengan dua benjolan testis di antara lubang miss v. Jadi, lubang miss v di sebelahnya itu ada dua testis,” katanya ketika ditemubual dalam program #GritteBukaPraktek di YouTube.

Pada umur 16 tahun, dia mula menyedari dirinya lebih kepada lelaki dan mula tertarik dengan perempuan. Walaupun begitu dia masih ragu-ragu.

“Tahun 2014, saya beranikan diri pergi membuat pemeriksaan kesihatan tanpa pengetahuan keluarga kerana saya tidak mahu melukakan perasaan mereka yang selama ini menganggap saya sebagai perempuan. Malah orang kampung pun begitu juga,” katanya.

Kevin juga mengaku dia gembar berpenampilan seperti lelaki, bersukan dan bergaduh dengan rakannya. Lebih ketara lagi apabila dia mula tumbuh janggut.

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan Kevin adalah lelaki dan disarankan untuk melakukan pembedahan jantina.

Dalam operasi pembedahan itu, miss v Kevin dijahit dan bagi membentuk alat kelamin lelaki, doktor mungkin perlu mengambil isi dagingnya dari bahagian tangan atau kaki atau paha.

Kevin mengakui dia berasa sedih apabila mengetahui fizikalnya begitu dan pernah memohon maaf kepada ibu bapanya sekiranya dia tidak dapat berkahwin dan memberi cucu.

“Mak, ayah maafkan saya kalau suatu masa nanti saya tak dapat kahwin dan mempunyai zuriat sendiri. Maafkan saya, ini bukan kemahuan apatah lagi keinginan saya, tetapi ini pemberian Tuhan,” katanya.

Doktor berpesan kepada Kevin, walaupun pembedahan itu berjaya tetapi masih ada risikonya dan Kevin perlu dibantu dengan terapi hormon.

Sumber: Sosok

Terkinii

Konstabel Baru Pindah Sibu Mati Tertembak Oleh Rakan

Published

on

 4,233 total views,  941 views today

SIBU- Seorang konstabel polis lelaki ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai di sini semalam dipercayai tertembak oleh rakannya yang juga seorang anggota polis yang menyewa rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi lewat malam tadi berkata, anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, dijumpai dengan kesan tembakan di kepala selepas laporan mengenai kejadian itu diterima sekitar 7 malam.



“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa di dalam rumah,” katanya tanpa memberitahu butiran lanjut kejadian.

Menurutnya, mangsa yang baru sebulan setengah berpindah tugas ke sini setelah menamatkan latihan asasnya sebagai anggota polis dikatakan datang ke rumah sewa berkenaan yang didiami dua rakan polisnya untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka puasa.

Mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.

Stanley yang sebelum itu turut meninjau tempat kejadian selepas menerima laporan insiden itu berkata, mangsa bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Menurutnya, laporan awal kejadian tersebut telah dihantar kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Lukas Aket.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Bernama

Continue Reading

Terkinii

Polis Akan Panggil Neelofa Dan Suami Selepas Video Di Premis Perniagaan Di Nilai 3 Tular

Published

on

 10,873 total views,  921 views today

SEREMBAN, 3 Mei – Selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung penularan video itu yang mengaitkan artis tersebut selepas dipercayai berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3 dekat sini semalam.



“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan. PDRM menasihati orang ramai mematuhi PKPB. Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Spekulasi berkaitan video pelanggaran SOP PKPB itu tular di media sosial apabila Neelofa bersama suaminya dikatakan memuat naik gambar dan video yang menunjukkan mereka berada di sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai, semalam.

— BERNAMA

Continue Reading

Terkini

[VIDEO] ‘Dah Tegur, Dia Keluar Hujah Pula’ – 4 Wanita Bertudung Tak Puasa, Siap Makan Di Restoran Tanpa Segan Silu

Published

on

 33,524 total views,  948 views today

Tular satu video di media sosial menunjukkan 4 orang wanita yang beragama islam tidak berpuasa dan makan di sebuah restoran yang dipercayai di Singapura.

Menerusi perkongsian di Facebook Jihair, seorang wanita merakam video yang berdurasi satu minit sambil menegur keempat-empat orang wanita berkenaan.



“Yang makan makanan Cina ini semua, dia cakap dia kerja dengan orang Cina, lepas tu dia boleh makan. Korang buat malu orang Islam, pakai tudung lagi. Apa nak jadi?”

Masalahnya, seorang wanita yang tidak berpuasa itu siap ada point lagi nak berdebat dengan si perakam.

Disebabkan si perakam rasa malas nak panjangkan cerita, dia sempat berkata ingin melaporkan hal ini kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebelum bergerak dari tempat kejadian.

Kalau alasan ‘uzur’ sekalipun, pergi makan dekat tempat tertutup. Ini betul tak malu makan dekat khalayak ramai. Apa nak jadi?

Sumber: Facebook Jihair Bin Adey

Continue Reading
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending