Connect with us

Terkini

Najib Soal, Adakah Hasil Rompakan Dikenakan Cukai?

 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis mempersoalkan sama ada wang berjumlah RM1.69 juta yang didakwa oleh musuh politiknya sebagai ‘wang rompakan’ perlu dikenakan cukai.

Beliau menambah, sekiranya dikenakan cukai, mengapa pihak tertentu menuduh wang itu sebagai hasil rompakan.

“Jika ianya dikira sebagai sumbangan politik, ianya tak boleh dicukai.

Advertisement

“Jika ianya diambil kira pula sebagai pendapatan peribadi dari luar negara, ianya telah dikecualikan cukai sejak tahun 2004,” katanya dalam hantaran Facebook beliau, hari ini.



Ahli Parlimen Pekan itu sekali lagi mempersoalkan sejak bila wang yang dipulangkan kepada penghantar selepas tempoh empat bulan sahaja dikira sebagai pendapatan yang dikenakan penalti cukai 40% + 10% + 5%.

Menurut Najib, beliau telah didakwa dengan kes jenayah manakala asetnya telah dilucut hak tiga tahun lalu tanpa sebarang bukti.

“Dua peguam bela saya juga didakwa dengan kes AMLA atas mereka bayaran fi guaman dari saya adalah haram.

“Selain membela saya, mereka kini diperlukan bela diri.

Advertisement

“Dan kini kerajaan mahu bankrapkan saya dengan undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak boleh dicabar dalam mahkamah.

“Tidak pula dijadualkan dan diberi peluang merayu kesahihan cukai tambahan RM1.74b ini kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan di bawah LHDN.

“Bagaimana pula saya nak mengupah peguam untuk membela saya?” soalnya.

Pada 6 April lalu, Najib mengesahkan telah menerima notis kebankrapan daripada LHDN berhubung ringkasan penghakiman cukai pendapatannya dari 2011 hingga 2017.

Beliau, mendakwa ia satu lagi tindakan pihak tertentu untuk memalukan beliau, apatah lagi notis itu diberikan pada hari pertama prosiding rayuannya semalam.

Advertisement

Dakwa Najib lagi, beliau berpegang kepada pendirian bahawa tuntutan cukai sekitar RM1.7 bilion pada zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai merit, biarpun ia diteruskan pada zaman kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Dalam satu notis tuntutan kepada Najib pada 2019, LHDN menyatakan jumlah keseluruhan tunggakan cukai yang perlu dibayar ialah RM1.69 bilion dengan kadar bunga lima peratus setiap tahun bermula tarikh penghakiman, termasuk kos lain yang mahkamah rasakan perlu.

Menurut notis tuntutan itu, Najib didakwa gagal membayar cukai pendapatan antara 2011 dan 2017.

Sumber: EDISI 9

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel