Connect with us

Jenayah

[VIDEO] ‘Menitis Air Mata Lihat Dua Beradik Diperlakukan Macam Ni’ – Lelaki Pijak, Terajang Dan Cekik Anak-Anak Masih Kecil Kerana Cemburu

Tular di media sosial video dua beradik (lelaki dan perempuan) dipijak oleh seorang lelaki tanpa belas kasihan, mengundang kemarahan netizen.

Dalam video berdurasi dua minit ini, dapat dilihat dua kanak-kanak masih kecil ini telah dipijak, disepak dan dicekik menggunakan kaki sebelum diugut dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki yang dipercayai bapa kandung mereka sendiri.

Suspek lelaki terdahulu memegang sebilah pisau sambil merakam video dua mangsa yang sedang baring di atas tilam.

Secara tiba-tiba suspek memijak mangsa pertama (perempuan) di bahagian paha dan mukanya dengan kuat sebelum mengalihkan kakinya ke bahagian leher membuatkan mangsa tercekik seketika.

Advertisement



Mangsa kedua (lelaki) dipercayai anak bongsu juga diperlakukan sedemikian tanpa belas kasihan, menyebabkan dua beradik itu terpaksa menahan kesakitan dan menangis ketakutan. Suspek juga menyebut mahu membunuh dua beradik itu menggunakan pisau di tangannya.

 

Video tular ini dikatakan telah dimuat naik oleh seorang wanita, Nur Ayu di Facebook sebelum dikongsikan oleh beberapa laman Facebook di Sabah kerana kejadian tersebut dikatakan berlaku di Ulu Balung, Kunak.

Difahamkan pasangan itu telah bercerai dan anak-anak mereka menjadi mangsa keadaan.

Di media sosial, netizen meluahkan rasa bimbang akan keselamatan dua kanak-kanak itu berikutan suspek dilihat tergamak mencederakan mangsa. Sekiranya tidak diselamatkan, dua beradik itu berisiko mengalami kecederaan yang lebih parah.

Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek sekiranya kejadian itu berlaku di negara ini.

Advertisement

Sumber: Facebook Nur Ayu

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel