Pukul Pengawal Peribadi Sebab Puasa, 4 Lelaki Direman Lima Hingga 7 Hari

Empat individu yang disyaki terlibat dalam kejadian pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa semalam direman selama lima hingga tujuh hari bermula hari ini.

BERNAMA menerusi laporan ringkas di lamanTwitter menjelaskan, perintah reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Klang itu adalah bagi membantu siasatan kes tersebut.

Mengimbas kembali, kes tersebut dilaporkan sekitar 4.16 petang semalam di Balai Polis Klang dan kedua-dua mangsa berkenaan dilapor telah dipukul dengan menggunakan sebatang rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja.

Advertisement

Maklum Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa.

Difahamkan, majikan lelaki tersebut juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang salah seorang daripada dua lelaki tersebut, dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

18 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

19 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago