Connect with us

Terkini

“Saya Tidak Bermaksud Menghina Sesiapa” – Majikan Pukul Pekerja Puasa Mohon Maaf Pada Umat Islam, Agong

Majikan yang didakwa memukul dan memaki hamun dua pengawal peribadinya kerana berpuasa tampil memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong.

Memetik laporan The Star, lelaki terbabit membuat permohonan maaf dalam bahasa Mandarin di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.

“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal saya telah menyinggung perasaan sesiapa sahaja, saya rasa saya harus meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal saya.


Advertisement

“Saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan,” katanya dengan tangan bergari dan dikawal dua anggota polis.

Dia kemudiannya dibawa dengan kereta polis.

Rabu lalu, tular satu laporan polis berhubung seorang majikan yang memukul dua pengawal peribadi sehingga lebam di badan hanya kerana berpuasa.

Insiden tersebut berlaku di rumah rakan majikan tersebut di One KL Kondominium Complex, Kuala Lumpur dan ia berlarutan sehingga di rumah majikan tersebut yang menetap di Bukit Tinggi.

Advertisement

Majikan berusia 43 tahun itu juga didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam hanya kerana kedua-dua pengawal peribadi tersebut sedang berpuasa.

Susulan itu polis yang menjalankan siasatan menahan empat individu termasuk majikan terbabit, selain membongkar sindiket pinjaman wang tanpa lesen dan perjudian.

Polis juga menjumpai wang tunai dan jongkong emas bernilai hampir RM30 juta di sebuah rumah salah seorang suspek yang ditangkap berhubung kes pukul itu.

Emas dan wang tunai itu dirampas di rumah suspek di Bukit Tinggi, Klang. Lelaki terbabit dipercayai menjadi ketua sindiket judi dalam talian dan along yang beroperasi di beberapa negeri.

Sumber: UtusanTV

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel