Connect with us

Terkini

“Kenapa Dia Pukul Saya, Sedangkan Saya Tak Kenal Dia?” – Trauma Dipukul Pemandu Suzuki Swift, Remaja OKU Sangka Diri Sudah Mati

Sebelum ini tular kisah seorang pelajar lelaki berkelainan upaya (OKU) cedera pada muka selepas dipukul individu tidak dikenali menggunakan topi keledar dalam satu kejadian di sebuah kedai di Sungai Tiram.

Mangsa dikenali sebagai Iznur Hakim Mohd Nor, 21, parah dipukul oleh lelaki yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Baru, baru-baru ini.



Terbaru menurut laporan Kosmo Online, Iznul Hakim Mohd. Nor masih dibaya­ngi dengan kejadian itu yang berlaku pada 1 April lalu dan dia berkata kerap termenung dan sesekali masih tertanya-tanya punca dipukul oleh lelaki tersebut sehingga mengalami kecederaan di muka dan pendarahan di kedua-dua matanya.

Advertisement

“Saya ingat dah (sudah) mati sebab selepas dipukul saya sudah tidak sedarkan diri. Sebaik tersedar, saya berada atas katil hospital.

“Kenapa dia (pemandu Suzuki Swift) memukul saya?. Tiba-tiba kena pukul, sedangkan saya tak kenal dia,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, kakak Iznul Hakim, Izzati Haswani, 26, berkata, adiknya yang mesra dipanggil Hakim dibenarkan keluar wad Hospital Pulau Pinang HPP petang semalam setelah lebih dua minggu menerima ra­watan.

“Doktor memaklumkan dia (Iznul Hakim) tidak perlu lagi menjalani pembedahan disebabkan bebola mata­nya dalam kea­daan baik.

“Cuma sekarang dia banyak mendiamkan diri berbanding sebelum ini seorang yang aktif dan banyak cakap,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel