Connect with us

Jenayah

‘Nak Menyamun Rupanya’ – Pemandu Myvi Dilanggar Daripada Belakang Sebelum Kena Pukul Dan Samun

Sebelum ini tular di media sosial sebuah klip video di mana pemandu Perodua Myvi telah diserang oleh sekumpulan lelaki yang menaiki kereta Honda berwarna putih di bahu jalan yang menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen berhubung motif di sebalik kejadian berkenaan

Menurut laporan Harian Metro, Empat lelaki tempatan telah diberkas selepas disyaki melanggar sebuah kenderaan dari belakang dengan kereta dinaiki mereka sebelum menyamun dan mencederakan mangsa di Taman Sentosa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, insiden 4.30 petang dilaporkan berlaku ketika seorang pemandu lelaki bersama sepupunya sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.


Advertisement


“Kenderaan mangsa dikatakan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat lelaki.

“Suspek kemudian didakwa memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya dengan menggunakan kayu.

“Malah, suspek didakwa turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beliau memaklumkan, dua klip video berdurasi 0.24 saat menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya, tular dalam media sosial sejak semalam.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan video itu.

Advertisement

Bertindak atas maklumat dan laporan diterima, beliau berkata, kesemua suspek berumur 23 hingga 35 tahun berjaya itu ditangkap bermula jam 7 hingga 11 malam tadi di beberapa kawasan sekitar daerah Klang Selatan.

“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua suspek yang tiada pekerjaan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro, INFO KES JENAYAH, KEMALANGAN DAN BENCANA DI MALAYSIA & LUAR NEGARA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel