Connect with us

Terkini

Pengarah Antara Lima Ditahan Terlibat Penerbitan Video Iklan Judi Raya

KUALA LUMPUR, 19 April – Lima lagi individu termasuk pengarah, komposer dan penyanyi yang terlibat dalam pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata penahanan kesemua mereka dibuat di sekitar ibu negara dan Selangor.


Advertisement

“Pengarahnya yang diburu sebelum ini dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan tangkapan itu, jumlah keseluruhan individu yang ditahan terlibat dalam pembikinan dua video iklan lagu raya kontroversi tersebut, adalah seramai 18 orang setakat ini.

Mohamad Zainal berkata kesemua lima individu terbabit akan direman hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata polis masih meneruskan siasatan bagi menjejaki sindiket judi dalam talian yang menjadi dalang dalam pembikinan video tersebut.

Sebelum ini, 13 tangkapan dibuat melibatkan pelakon, penerbit dan kru penerbitan pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi itu dengan sembilan tangkapan bagi kes pertama manakala empat tangkapan bagi kes kedua.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel