Tindakan seorang wanita memuat naik foto bersama Pencetus Ummah (PU) Amin mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Rata-rata netizen beranggapan gambar tersebut boleh mencetuskan fitnah tambahan pula mereka dilihat berpakaian menjolok mata.
Difahamkan, PU Amin diundang memberi tazkirah agama sebelum majlis berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka di ibu kota malam Sabtu lalu.
Menurut laporan Utusan Malaysia, PU Amin menganggap perkara tersebut tiada salahnya memandangkan dirinya bukanlah sedang berpelukan atau menyentuh mereka.
Betul, pakaian mereka tidak menutup aurat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’?
Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?
Orang perli dan sindir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka marah pula?
Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti politik pula.
Jelasnya lagi, sebelum hadir ke majlis tersebut, dia sudah berbincang dengan isteri dan rakan-rakan. Malah, selepas tugasan selesai dia segera pulang kerana bertanggungjawab menjadi imam di sebuah masjid.
Semua kata ini peluang untuk berdakwah dan itulah yang saya lakukan semasa berada di majlis berkenaan.
Depan-depan saya cakap semasa beri tazkirah kepada semua tetamu yang hadir. Saya sentuh mengenai topik pematuhan pakaian, sensitiviti di bulan Ramadan, kuasa dan keampunan Allah SWT, semua nampak gembira dan menerima baik bila dengar ceramah saya.
Selama ini orang asyik kata saya cuma cakap dan nasihat orang dalam Facebook saja, bila saya turun padang macam ini dan bukannya cuma berada di surau atau masjid, pun kena kecam juga? Macam mana ini?
Katanya, dia sudah menghubungi pemilik akaun dan meminta gambar dipadam namun tidak dapat dipastikan sama ada sudah diturunkan ataupun tidak.
PU Amin juga tidak menolak wujudnya andaian gambar tersebut digunakan bagi tujuan menaikkan jenama produk tanpa pengetahuannya.
Walau bagaimanapun, dia mendoakan semoga semua yang terlibat mendapat hidayah.
Sumber: Utusan Malaysia