Connect with us

Jenayah

Tular Video Pekerja Kedai Dicekik, Diugut ‘Pakcik Serban’ Kerana Ditegur Tak Pakai Pelitup Muka

Sejak semalam tular sebuah video yang dikongsi oleh sebuah kedai dikenali sebagai Masbukti memaparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak di ‘luar kawalan’ dan didakwa gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memasuki mana-mana premis.

Menerusi video berdurasi kurang 40 saat itu yang dilaporkan kejadian itu berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang, memaparkan tindakan seorang lelaki yang berbaju putih telah bertindak mengugut dan mencekik seorang pekerja di premis berkenaan.


Advertisement

Bagaimanapun, kedai tersebut mendakwa pekerjanya diperlakukan sedemikian rupa berikutan menegur lelaki tersebut yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat kejadian.

Bahkan, dapat dilihat pekerja tersebut cuba untuk berbincang dan menenangkan lelaki tersebut namun, pelawaannya ditolak.

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki berusia 50 tahun itu, telah ditahan oleh pihak polis susulan laporan yang telah dilakukan oleh mangsa yang berusia 22 tahun.

“Hasil semakan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi (Ahad) itu mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan.”

“Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).”

Advertisement

Sumber: Masbukti, Sinar Harian, INFO KES JENAYAH, KEMALANGAN DAN BENCANA DI MALAYSIA & LUAR NEGARA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel