Connect with us

Hiburan

Instafamous Mohon Maaf Upload Foto Seksi Bersama PU Amin


Sebelum ini tular foto PU Amin yang juga seorang pendakwah bebas bersama wanita seksi ketika dijemput menghadiri sebuah acara.

PU Amin bagaimanapun mendakwa, dia hanya dijemput bagi membaca doa dan niatnya ketika itu hanya untuk menyebarkan dakwah dengan cara turun padang.


Menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya, dia telah meminta kepada wanita berkenaan untuk memadam foto bersamanya yang dimuat naik di Instagram agar tidak menimbulkan apa-apa isu lagi berkaitan dengan majlis berkenaan.

Advertisement

“Saya sudah minta dia padamkan foto tersebut sejak semalam tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukannya.”

PU Amin menjelaskan tujuan kehadirannya ke majlis berkenaan merupakan peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan, namun dia mengetahui kesan fitnahnya besar.

PU Amin juga memohon maaf andai perbuatannya mengambil gambar itu merupakan satu perkara yang memalukan serta mengaibkan.

Dia juga mengatakan bahawa selepas berbuka, dia terus menunaikan solat Maghrib dan bergegas pulang kerana bertugas di masjid berdekatan.

Walau bagaimanapun, di Instagram Story, Nadira telah memohon maaf mengenai foto yang tular tersebut di media sosial yang berpunca daripadanya.

Advertisement

“Maaf atas fitnah. Niat panggil PU untuk meriahkan suasana tak sangka viral.”

Menerusi satu posting yang telah di muat naik oleh Nadira sendiri, dia memohon maaf atas foto yang dimuat naik oleh dirinya dan foto berkenaan telah dipadam bagi menghormati PU Amin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ⚜️ NADIRA ⚜️ (@nadiraisaac)

Advertisement

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada PU Amin kerana tercalit dengan dengan isu ini. Saya akui kesilapan saya.”

Nadira juga berterima kasih kepada PU Amin kerana sempat memberi tazkirah kepada tetamu yang hadir ketika majlis berkenaan serta dia juga menjemput PU Amin untuk memberi tazkirah di pejabatnya juga.

Sumber : nadiraisaac

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel