Connect with us

Mahkamah

‘Instafamous’, Suami Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu Dijatuhi Hukuman Penjara Sehari, Denda RM2,500

Sepasang suami isteri yang tular di media sosial kerana rentas negeri untuk berbulan madu, masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa kerana memberi maklumat bertulis palsu kepada polis, bulan lepas.

Tertuduh, suami, 25, dan isteri, 23, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Balai Polis Wangsa Maju, 15 Mac lepas di hadapan Majistret Wong Chai Sia.


Advertisement

Memetik laporan Bernama, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed dan Azharique Shah Abdul Jalil dipenjara selama sehari dan dendan sebanyak RM2,500 selepas didapati melanggar perintah rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan lalu.

Difahamkan, pasangan tersebut telah meminta kebenaran merentas negeri bagi urusan perniagaan di Johor. Namun, didapati mereka telah memberi keterangan palsu sebaliknya berbukan masa di sana.

Menerusi laporan Harian Metro, Iram Naz merayu memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara disebabkan dia merupakan anak tunggal yang menyara keluarga dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

“Kami membuat tempahan hotel pada 26 Disember lalu ketika rentas negeri dibenarkan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan namun ditunda beberapa kali.

Advertisement

“Kami cuba membatalkannya, namun pihak terbabit tidak mahu kembalikan wang tempahan penginapan menyebabkan kami meneruskan hasrat (dengan) merentas negeri pada 17 Mac lalu,” katanya.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan Azharique Shah Abdul Jalil, 23, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Wong berkata, perbuatan tertuduh memberi contoh buruk kepada masyarakat yang mana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan rentas negeri.

“Tempahan tempat penginapan tidak dapat dibatalkan dan wang tidak dikembali bukan satu alasan untuk merentas negeri,” katanya.

Sumber: Bernama, Harian Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel