Tuesday, December 09, 2025

‘Pakcik Botak Tu Bukan Gua, Siot!’ – Joe Flizzow

April 20, 2021
1 min read
Please go to your Post editor » Post Settings » Post Formats tab below your editor to enter video URL.

Tular di media sosial semalam video empat suspek yang dipercayai melanggar serta menyamun pemandu kereta lain, yang mana penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow dikatakan mirip dengan salah seorang pembuli jalan raya tersebut.

Pada mulanya, Joe Flizzow hanya tergelak dan bertanya apa yang telah dilakukan oleh lelaki berkenaan sehingga ramai yang mengatakan bahawa wajah mereka sama.


Ramai yang terhibur serta menjadikan ia sebagai bahan lawak dengan menggunakan gambar tersebut sehingga Joe Flizzow memuat naik videonya yang menafikan bahawa individu yang tular berkenaan bukan lah dirinya.

Memetik laporan Harian Metro, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak bagaimanapun menjelaskan, dia bukan marah, jauh sekali terasa hati kerana menganggap ‘troll’ yang menjadi sohor kini itu sebagai jenaka semata-mata.

“Saya tak terasa langsung. Sebenarnya saya pun saja ‘troll’ balik, buat-buat marah. Jadi, sekarang ini orang yang ‘troll’ saya kena ‘troll’ balik. Itu saja cerita dia.

“Kalau peminat saya yang tahu, kenal peribadi saya, semua tahu saya ini pun raja gurau juga. Kiranya, menjadi baliklah apa yang saya ‘troll’ itu semula,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Flizzow