Connect with us

Terkini

“Hari Ni Amir Sahur Seorang, Tak Ada Orang Tolong Suapkan Makan” – Pemuda OKU Sukar Makan Sendiri Ketika Sahur Buat Netizen Sebak

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ adalah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan  kesusahan seorang lelaki OKU yang bernama Amir Azam.

Selain terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak, Amir juga tidak dapat menggunakan tangannya dengan baik apabila dilihat sukar untuk makan.

Menerusi perkongsian di TikTok yang dimuat olehnya, lazimnya dia memerlukan bantuan seseorang untuk disuap sewaktu makan.

Namun pada bulan Ramadan yang mulia ini, dia terpaksa bersahur berseorangan selain perlu berusaha untuk makan dengan sendiri. Amir dilihat menggunakan kudratnya untuk menjamah sebiji burger.

Advertisement
@amirazam94Allah berikan nikmat kehidupan janganlah kamu persia-siakan nya 🤗#fyp #fypシ♬ bunyi asal – Amir Azam


“Hari ini Amir sahur sorang-sorang. Tak ada orang nak suap Amir. Amir tak boleh suap makan dengan sendiri. Kalau tak ada orang tolong suapkan makan, macam ni lah keadaan Amir. Amir makan dengan sendiri. Alhamdulillah, inilah dinamakan nikmat dan ujian. Allah berikan ujian sebab Allah sayang. Syukur Alhamdulillah.”

Walaupun begitu, Amir memberitahu bahawa dia reda dengan nikmat dan ujian yang diberikan oleh Allah kepadanya. Malah, dia menganggap ujian tersebut sebagai kasih sayang Allah terhadapnya.

Sumber: Amir Azam

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel